Beto Kusyairy Bongkar ‘Rahsia’ Di Sebalik Tabir Filem Istanbul Aku Datang

Selepas hampir 10 tahun berlalu sejak Istanbul Aku Datang! ditayangkan dekat pawagam, Beto Kusyairy mendedahkan beberapa ‘rahsia’ menarik yang berlaku ketika penggambaran filem berkenaan menerusi satu bebenang di laman Twitter beliau.

Kami akan kongsikan enam ‘rahsia’ menarik yang berlaku di sebalik tabir penggambaran filem arahan Bernard Chauly sepertimana yang dikongsikan oleh Beto dalam artikel ini:

1. Penduduk tempatan ganggu lokasi asal

Sumber: Twitter @Beto_Kusyairy

Beto mendedahkan salah satu pangsapuri yang digunakan sebagai lokasi penggambaran sebenarnya telah diganggu oleh penduduk tempatan kerana ia didakwa akan mengganggu privasi jiran berkenaan.

Jadi, mereka berpindah ke pangsapuri baharu yang merupakan lokasi back up kru produksi filem berkenaan.

2. Babak basuh rambut

Sumber: Twitter @Beto_Kusyairy

Siapa antara anda yang masih ingat lagi babak Harris (Beto) basuh rambut Dian (Lisa Surihani)? Menurut Beto, babak itu sebenarnya merupakan hasil gabungan beberapa rakaman atas masalah teknikal.

3. Babak pergaduhan antara Dian dengan wanita Turki tidak dirancang

Sumber: Twitter @Beto_Kusyairy

Untuk pengetahuan anda, watak Dian bercakaran dengan wanita Turki sehingga terjatuh adalah benar dan sama sekali tidak dirancang. Dian betul-betul tergelincir.

Memandangkan kedua-dua Lisa dan wanita Turki itu sangat profesional, mereka teruskan seperti biasa dan ia tidak kelihatan out of place.

4. Anas Amdan turut berlakon dalam filem ini

Anas Amdan iaitu abang kepada Aizat (Ijoi) turut berlakon dalam filem ini dengan membawa watak penjual mi segera dengan harga ‘cekik darah’ di Istanbul.

Selain daripada menjadi pelakon tambahan, Anas juga bertanggungjawab dalam mencipta lagu tema dan scoring untuk filem ini.

5. Fazura turut membuat kemunculan istimewa

Fazura meminjamkan suaranya untuk Siti Wan Kuncup dan Wo Aini. Pemilik suara Gincu Purple dan Aku Kejam pula adalah penulis skrip Rafidah Abdullah.

6. Babak skuter banyak dirakam di atas lori

Sebahagian besar daripada babak Harris dan Dian naik skuter itu pula dirakam di atas lori kerana ia lebih selamat dan angle juga dapat dikawal. Skuter itu tidak bergerak pun.

Buat anda yang belum pernah menonton filem ini, Istanbul Aku Datang! mengisahkan Dian (Lisa Surihani) yang sanggup terbang ke Istanbul di Turki untuk berjumpa dengan buah hatinya iaitu Azad (Tomok). Anda boleh tonton trailer penuh filem ini di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca