Berusia 3,000 Tahun, 30 Keranda Yang Benar-Benar Berisi Mumia Akhirnya Ditemui Di Mesir

30 keranda kayu kuno yang menempatkan mumia di Kota Luxor dijumpai oleh sepasukan ahli arkeologi Mesir.

Penemuan ini merupakan penemuan yang terbesar dalam sejarah manusia lebih dari satu abad.

Kementerian Antikuiti Mesir berkata, keranda kayu kuno berkenaan ditemui di tempat yang tersembunyi di tanah perkuburan Al-Asasif di pinggir barat Luxor.

“Ini adalah keranda manusia pertama yang ditemui sejak akhir kurun ke-19,” kata Menteri Antikuiti Mesir, Khaled El-Enany.

Keranda yang diukir dan dicat berusia 3,000 tahun itu berada dalam keadaan yang baik dari segi pemuliharaan, warna dan tulisannya.

Menurut ketua  ekskavasi, Mostafa Waziri berkata, peti-peti berkenaan mengandungi mayat imam lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Difahamkan, keranda-keranda terbabit berasal dari abad ke-10 sebelum masihi lagi di bawah pemerintahan Dinasti Firaun ke-22.

Kesemua hasil penemuan itu akan dipindahkan ke bilik pameran di Muzium Mesir yang bakal dibuka pada tahun hadapan selepas melalui proses restorasi.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca