Berupaya Meredakan Batuk, Ketahui Khasiat Yang Terkandung Dalam Madu Kelulut

Madu kelulut sama sekali berbeza dengan madu lebah. Ia dihasilkan melalui penternakan kelulut yang dilakukan oleh penternak atau pengusaha madu kelulut.

Kelulut selalunya diternak dalam kawasan kebun dan hutan. Madu kelulut asli dari hutan dan madu kelulut ternak mempunyai perbezaan dari segi rasanya.

Menyentuh tentang khasiat atau faedah madu kelulut, ia sememangnya terbukti dalam menguatkan sistem tubuh badan manusia kerana mengandungi pelbagai khasiat seperti antiseptik, antimikrobial, anti radang dan menyembuhkan luka.

Maka, tidak hairanlah sekiranya madu kelulut dapat merawat penyakit seperti kahak dan batuk.

Perlu anda ketahui bahawa madu kelulut mengandungi glukosa, fruktosa, vitamin, mineral, lipid, asid amino dan lain-lain lagi.

Kandungan khasiat yang tinggi dalam madu kelulut menjadikan ia sebagai satu daripada sumber rawatan tradisional. Contohnya, amalan meminum madu kelulut pada setiap pagi.

Harga bagi madu kelulut bergantung mengikut harga di pasaran. Namun begitu, harga bagi madu kelulut asli dan madu kelulut ternak adalah berbeza.

Madu kelulut asli kebiasaannya dijual dengan harga yang lebih mahal kerana tidak dapat diternak sendiri oleh pengusaha berikutan ia sering berada di atas pokok tinggi dan proses pengambilannya juga rumit.

Penulis

Artikel Lain Untuk Di Baca