Berukuran Lebih 100 Kaki, Kereta Limosin Ini Terpanjang Di Dunia

Selepas dibaik pulih dan diubah suai, limosin yang berukuran 100 kaki sekali lagi mendapat pengiktirafan Guinness World Record (GWR) sekali gus memecahkan rekodnya yang terdahulu.

Limosin yang digelar American Dream itu asalnya berukuran 18.28 meter (60 kaki) pada tahun 1986.

Ohrberg sekali lagi berjaya merangkul rekod dunia dan kereta itu terus dipaparkan dalam beberapa filem sebelum disimpan di sebuah gudang di New Jersey.

Lama kelamaan kenderaan hebat itu menjadi usang sehingga Michael Manning, pemilik muzium pengajaran teknikal Autoseum di New York, memutuskan untuk mengambil tugas besar membaik pulihnya.

 Ia kini dipanjangkan sehingga 30.5 meter (100 kaki). Mereka mengubah suai limosin ini dengan mempunyai 26 tayar, permaidani rumput hijau, kolam renang serta boleh memuatkan kira-kira 75 orang di dalamnya.

“Saya menemui kereta itu di pameran autobody di New Jersey dan ia adalah ‘sampah’. Ia dipenuhi grafiti, tingkap pecah, tayar pancit, tetapi saya tetap jatuh cinta dengannya.

“Saya nekad untuk mendapatkan kereta ini, membawanya pulang dan membaik pulihnya,” katanya.

Bagaimanapun, kos besar untuk membaik pulih kenderaan menelan belanja yang sangat besar hingga membantutkan usahanya.

Apabila pajakan untuk muziumnya ditamatkan, Manning akhirnya menyenaraikan kereta itu di eBay pada 2019 dan ia dibeli oleh Michael Dezer, pemilik Muzium Kereta Dezerland Park iaitu tarikan pelancong di Orlando, Florida.

Manning datang dengan kereta itu ke Florida untuk membantu Dezer membaik pulih kenderaan berkenaan dan pasangan itu berusaha menambah baik dengan pelbagai ciri baharu.

Selepas lebih dua tahun dibaik pulih, American Dream yang dibaik pulih siap dan akan dipamerkan di Muzium Kereta Dezerland Park.

“Ia tidak boleh meletakkannya di atas jalan kerana ia terlalu panjang. Kenderaan itu direka untuk dipamer,” kata Manning.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca