Beruang Masuk Belakang Rumah, Ibu Bergegas Selamatkan Anak

Seorang ibu bertindak dengan pantas mengambil anaknya apabila seekor beruang muncul di taman belakang halaman rumah mereka.

Anak perempuan Samantha Martin, Juniper pada ketika itu berada di halaman belakang rumah mereka yang terletak di Redmond, Seattle.

Sumber: LADbible

Rakaman yang berjaya ditangkap melalui kamera litar tertutup kelihatan seekor anak beruang hitam memasuki kawasan rumah.

Menurut Samantha, dia panik apabila melihat anaknya berlari ingin memeluk beruang itu kerana sejak usia 2 tahun lagi haiwan kegemaran Juniper adalah beruang yang dikenali melalui buku kanak-kanak.

Sumber: LADbible

Juniper yang tidak tahu bahaya yang akan menimpa berlari ke arah beruang membuatkan ibunya dengan pantas menarik Juniper daripada terus mendekati haiwan yang terancam itu.

Menurutnya lagi, walaupun anak beruang itu kecil tetapi ibu beruang semestinya berdekatan dengan rumah mereka.

Disebabkan keberadaan ibu beruang masih tidak dapat dikenal pasti membuatkan Samantha bergegas menyelamatkan anaknya daripada terus menghampiri anak beruang hitam tersebut.

Semenjak kejadian itu, keluarga Samantha telah memasang kunci keselamatan kanak-kanak di pintu teres rumah.

Malah Samantha juga berhenti meletakkan makanan burung di halaman rumah kerana merasakan itu adalah punca yang menarik beruang itu datang ke rumah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca