Justin Bieber menerima kecaman hebat selepas tampil bertudung semasa menyanyi di salah satu konsertnya di Utah, Amerika Syarikat.
Memetik laporan Middle East In 24, penyanyi terkenal itu menerima kritikan meluas kerana didakwa cuba untuk mempersendakan agama Islam dan penganutnya.
Penampilan beliau yang memakai seluar putih dan kemeja-T longgar dan dipadankan dengan tudung di kepalanya bersama-sama cermin mata hitam telah mengejutkan orang ramai.

Selepas gambar Justin bertudung tular di media sosial, ada yang mengkritik penyanyi I’ll Show You itu kerana tidak memahami asas bertudung adalah untuk para wanita.
Ada juga yang meninggalkan komen sinis yang menyatakan mereka bersyukur Justin akhirnya memilih untuk mengikut jalan yang benar walaupun menyimpang.

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah kontroversi pertama Justin sepanjang bergelar seorang penyanyi. Beliau pernah mencipta kontroversi pada Mac 2013 apabila menyerang seorang jurugambar di London, United Kingdom selepas meninggalkan hospital.
Pada tahun 2017 pula, Justin telah melanggar seorang paparazi dengan traknya semasa memandu dari acara di Beverly Hills, Amerika Syarikat.
Selain itu, Justin juga banyak kali ditangkap kerana melanggar undang-undang sama ada kerana memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol, memandu secara melulu atau mengelak daripada ditangkap polis.
Pada 2014, penyanyi terkenal itu didakwa meminum arak semasa memandu di Miami, Amerika Syarikat dan turut ditahan kerana disyaki berlumba. Sebagai sebahagian daripada perjanjian rayuan itu, beliau menderma $50,000 (RM207,650) kepada badan amal belia.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: