
Sudah menjadi tradisi, jika atlet negara-negara Arab menolak bertanding apabila bertemu lawan dengan Israel.
Seorang atlet judo Algeria terpaksa dihantar pulang kerana tidak mahu meneruskan perlawanan dengan ‘seterunya’ dari Israel dalam temasya sukan Olimpik Tokyo 2020.
Setelah acara pembukaan rasmi kejohanan antarabangsa itu yang berlangsung pada Jumaat lepas, keengganan Fethi Nourine, 30, bersama jurulatihnya, Amar Benikhlef menyebabkan mereka berdua digantung kurang dari tempoh 24 jam.
Kedua-dua mereka mendedahkan mengenai punca penarikan diri dari perlawanan adalah kerana didakwa mahu memberikan sokongan kepada perjuangan Palestin seperti yang sedang berlaku kini.
“Kami bernasib baik dengan keputusan ini. Kami dijadualkan bertemu dengan pihak lawan dari Israel dan sebab itulah kami tarik diri.
“Kami telah membuat keputusan yang tepat,” kata mereka, memetik laporan daripada portal Metro.
Fethi telah menumpaskan lawannya dari Sudan, Mohamed Abdalrasool bagi kategori perlawanan 73 kilogram, pada pembukaan perlawanan judo sebelum itu.
Kemenangan itu telah membawanya ke peringkat seterusnya sehingga bertemu dengan lawan dari Israel, Tohar Butbul.
Difahamkan, Persatuan Judo Antarabangsa (IFJ) memutuskan untuk menggantung mereka berdua buat sementara waktu dan berkemungkinan mereka turut menghadapi sekatan di kejohanan lain.
Keputusan Fethi dan Amar yang sanggup menarik diri hanya disebabkan isu tersebut ternyata sangat bertentangan dengan falsafah persatuan itu sendiri, tegas IFJ.
Pada masa yang sama, Jawatankuasa Olimpik Algeria dilaporkan telah menarik semula penyertaan mereka serta akan menghantar pulang ke tanah air.
Algerian judoka Fethi Nourine is SENT HOME from Tokyo Olympics after refusing to face Israeli opponent Tohar Butbul in support to Palestine https://t.co/UOyWDW2zG6
— Daily Mail Online (@MailOnline) July 24, 2021
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: