Bertemu Dengan Kekasih Lama, Ini Pesta Pelik Yang Diadakan Di Vietnam

Percintaan adalah perasaan yang amat sukar digambarkan. Lumrah dalam percintaan, sesetengah hubungan akan berakhir dengan perpisahan yang perit. Hal ini kerana perpisahan meninggalkan luka yang dalam kepada setiap insan yang bercinta.

Perpisahan membuatkan seseorang tidak mahu berjumpa dengan bekas kekasih kerana kesedihan yang dialami dan terbayang kenangan manis ketika bercinta.

Di negara Vietnam, terdapat pesta yang diadakan untuk bertemu dengan bekas kekasih lama. Pesta ini dikenali sebagai ‘Pesta Cinta’ yang diadakan di sebuah perkampungan, Khau Vai.

Penduduk setempat mengadakan pesta ini setiap tahun pada hari ke-26 dan 27 setiap tiga bulan dalam kalendar Lunar. Pesta ini juga dikunjungi oleh penduduk dari wilayah Nung, Tay, San Chi, Lo lo, Dzao, Giay dan Hmong.

Mereka akan bertemu dengan bekas kekasih dan menghabiskan masa bersama untuk mengetahui perkembangan hidup masing-masing setelah putus hubungan percintaan.

Sejarah pesta cinta ini diambil daripada kisah seorang gadis yang cantik bernama Giay dari wilayah Ha Giang telah jatuh hati kepada seorang lelaki dari wilayah Nung yang bernama Cao Bong.

Namun, percintaan mereka terhalang kerana Cao Bong tidak layak untuk mengahwini Giay atas sebab tidak setanding dengan kecantikan Giay. Giay mesti berkahwin dengan lelaki dari puaknya sendiri.

Percintaan mereka menyebabkan perang pertumpahan darah antara dua wilayah tersebut. Demi menyelamatkan wilayah masing-masing, mereka membuat keputusan untuk berpisah. Tanpa diketahui, Giay dan Cao Bong telah membuat perjanjian antara mereka untuk berjumpa secara sembunyi pada hari ke-27 setiap tiga bulan dalam kalendar Lunar.

Setiap tahun mereka akan berjumpa secara sembunyi tanpa pengetahuan sesiapa.

Melalui kisah percintaan Giay dan Cao Bong, tradisi pertemuan cinta antara bekas kekasih masih lagi diadakan hingga kini.

Artikel Lain Untuk Di Baca