Bertahun Alami Masalah Pernafasan, Lelaki Ini Terkejut Doktor Temui Gigi Tumbuh Dalam Hidung

Selepas bertahun-tahun mengalami masalah pernafasan, seorang lelaki berusia 38 tahun terkejut selepas mendapat tahu gigi tumbuh dalam hidung kanannya.

Memetik laporan Daily Star, lelaki itu berkunjung ke klinik dan dia mengadu susah bernafas melalui hidung. Walau bagaimanapun, lelaki itu mengesahkan bahawa dia tidak mengalami sebarang trauma di bahagian muka ataupun keabnormalan apabila keadaan itu berterusan.

Doktor kemudiannya melakukan prosedur rhinoscopy iaitu memasukkan tiub ke dalam hidung lelaki itu untuk memeriksa keadaan pesakit dengan lebih terperinci.

Doktor itu menemui objek putih di dalam rongga hidung lelaki itu yang dikenal pasti sebagai gigi ektopik. Ektopik ialah istilah perubatan yang membawa maksud sesuatu berada di tempat aau posisi luar biasa dan situasi ini jarang berlaku.

Menurut Sagar Khanna dan Michael Turner dalam The New England Journal of Medicine, lelaki itu telah pun menjalani pembedahan membuang gigi di dalam hidung sebelah kanannya dan tiada sebarang komplikasi berlaku selepas pembedahan tersebut.

“Gigi berukuran 14 milimeter itu telah dicabut melalui prosedur pembedahan oral dan otolaryngologic. Tiada komplikasi yang berlaku selepas pembedahan,” ujarnya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca