Bersyukur Peroleh Pahala Percuma, Hantaran Siti Nurhaliza Di Instagram Ini Bikin Warganet Panas

Penyanyi ternama tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin telah melangsungkan majlis tahnik anak keduanya iaitu Muhammad Afwa pada 26 April lalu.

Majlis tahnik itu yang turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang pendakwah bebas ini secara tidak langsung telah membuatkan orang ramai mempersoalkan isu melibatkan rentas negeri dan prosedur operasi standard (SOP) yang dijalankan.

Tidak kurang juga yang mendakwa Siti Nurhaliza sebagai tidak sensitif dengan isu yang berlaku. Penyanyi Kesilapanku Keegoanmu itu telah membuatkan rata-rata warganet bengang dengan salah satu hantaran di Instagram Story beliau.

Sumber: Instagram @ctdk

Hantaran itu berbunyi, “Alhamdulillah. Saya patut tengah seronok kerana kumpul pahala banyak-banyak 10 malam terakhir kata ustaz bila berhadapan dengan dugaan ini. Betullah ustaz, saya dapat pahala percuma berganda-ganda pula. Alhamdulillah.”

Dalam hantaran tersebut, beliau memanjatkan kesyukuran dan meluahkan rasa gembira kerana dapat mengumpul pahala sempena 10 malam terakhir.

Penyanyi Bukan Cinta Biasa itu turut mengaitkan dugaan dilalui dengan pahala berganda-ganda yang diterima. Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet kurang senang dengan mesej positif beliau yang mengaitkan isu berlaku dengan pahala berganda-ganda diterima:

Buat anda yang masih keliru, pelantun lagu Diari Hatimu itu dan keluarga menjadi bualan ramai kerana isu menjemput seorang pendakwah terkenal dari negeri lain ke majlis tahnik anak bongsu beliau.

Siti tampil menepis dakwaan tersebut dan berkata pendakwah itu bersetuju untuk hadir ke majlis berkenaan kerana secara kebetulan dia turut berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja.

Jelas Siti lagi, majlis tahnik beliau mematuhi syarat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mengehadkan jumlah tetamu pada satu-satu masa.Β 

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca