Bersukan Siang Malam, Pemuda Ini Jalani Pembedahan Tolak Usus Jatuh

Aktiviti berbasikal semakin menjadi pilihan ramai sebagai salah satu usaha untuk bersukan dan menyihatkan badan sebelum PKP lagi.

Walau bagaimanapun, mana-mana sukan tidak sepatutnya dilakukan secara berlebihan kerana sebenarnya boleh membawa kepada kemudaratan untuk tubuh badan.

Pahit untuk ditelan tetapi itulah yang terjadi kepada seorang lelaki bernama Nazirul Anwar Rahmat.

Menerusi satu perkongsian beliau di Facebook, dia telah pun dinasihati doktor untuk berehat selama beberapa bulan daripada melakukan sebarang aktiviti lasak termasuklah bersukan.

Rupa-rupanya, Nazirul terpaksa menjalani sebuah pembedahan yang sangat berisiko akibat daripada bersukan secara berlebihan.

bersukan-siang-malam-pemuda-ini-jalani-pembedahan-tolak-usus-jatuh
bersukan-siang-malam-pemuda-ini-jalani-pembedahan-tolak-usus-jatuh
Sumber: Facebook (Nazirul Anwar Rahmat)

Jelasnya, masalah kesihatan tersebut bukanlah berpunca daripada sukan semata-mata.

Namun, keadaannya menjadi lebih teruk apabila dia sering melakukan larian dan berbasikal tidak kira siang malam sehingga mencapai ribuan kilometer.

Rutin hariannya itu akhirnya memakan diri dengan memberikan tekanan melampau ke atas otot perutnya. Pengalaman menjalani pembedahan kali ini pula diceritakan begitu perit selain terasa seperti dihiris.

Nazirul sempat menasihati supaya bersukanlah untuk sihat dan jangan sesekali berlebihan, menerusi satu perkongsian beliau di laman sosial Facebook.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca