Seorang influencer warga Vietnam teruk dihentam warganet selepas gambarnya mengenakan solekan meskipun terlantar di katil hospital tular di internet.
Menurut laporan, wanita terbabit yang dikenali sebagai Wangmei sangat gembira tatkala teman lelakinya mahu datang melawat dirinya yang sedang terlantar di katil hospital.

Meskipun memakai alat bantuan pernafasan, ia tidak menghalang Wangmei untuk bersolek. Malah, dia juga sempat mewarnakan kukunya dan memakai sepasang anting-anting.
Walaupun kemahiran bersolek influencer terbabit agak mengagumkan, Wangmei kini dikecam warganet yang mengkritiknya kerana memakai mekap yang tebal seolah-olah mahu pergi ke kelab malam.

Tidak cukup dengan itu, Wangmei turut diselar kerana memakai anting-anting permata yang besar sehingga menyebabkan dirinya sudah tidak kelihatan seperti orang yang sakit.
Namun begitu, masih terdapat segelintir warganet yang bertindak mempertahankan wanita itu dengan berkata Wangmei mungkin berdandan kerana tidak mahu kekasihnya risau melihat keadaannya yang terlantar di hospital.
Jadi, apakah pendapat anda mengenai penampilan Wangmei ini?
Untuk membaca artikel lain berkaitan influencer, sila klik pada pautan di bawah: