Bersikap Biadap Dan Kurang Ajar, Lelaki Ini Semberono Pukul Pegawai Keselamatan Guna Kayu Golf

Seorang lelaki telah didakwa gara-gara memukul pengawal keselamatan warganegara Nepal sehingga menyebabkan kecederaan. Kejadian itu berlaku di Jalan Gombak pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata suspek yang berusia 24 tahun berkenaan telah ditahan sekitar pukul 10 malam.

Siasatan awal telah mendapati suspek memiliki satu rekod jenayah lampau yang membabitkan pengaruh dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek telah direman untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana telah menyebabkan kecederaan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang, mangsa awalnya mengunci tayar kenderaan jenis Honda Jazz milik suspek ekoran memarkir di petak parkir Orang Kurang Upaya (OKU).

Suspek dipercayai dan seorang lagi rakannya yang berang terhadap mangsa bertindak memarahi dan mengarahkan pengawai keselamatan berkenaan untuk membuka kunci tayar pada kenderaannya. Mangsa telah meminta suspek untuk membayar denda di pejabat pengurusan terlebih dahulu di atas kesalahannya itu.

Oleh kerana bengang dengan arahan pengawai keselamatan terbabit, suspek dan juga rakannya cuba merosakkan kunci tayar berkenaan. Malah suspek bertindak menumbuk muka mangsa sebelum memukulnya dengan menggunakan kayu golf.

Akibat daripada tindakan suspek, mangsa telah mengalami luka di bahagian lengan serta telinga kanan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Video kejadian itu telah tular di laman sosial sejak semalam. Video berdurasi 1.04 minit itu memaparkan suspek sedang bergelut bersama mangsa sebelum dileraikan oleh rakan suspek.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca