Bersembunyi Selama 11 Jam Di Roda Pesawat, Lelaki Ini Selamat Sampai Ke Belanda

pesawat

Seorang lelaki yang menaiki penerbangan dari Afrika Selatan ke Belanda secara haram dengan berpaut pada sistem roda sebuah pesawat kargo.

Kes luar biasa itu dilaporkan oleh polis Belanda yang menemui individu tersebut ketika pemeriksaan dilakukan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam.

Penerbangan tersebut sejauh 9, 000 kilometer dan mengambil masa kira-kira 11 jam untuk sampai ke destinasi.

Dipercayai pesawat kargo itu turut membuat perhentian di ibu kota Kenya, Nairobi.

Kejadian itu sangat luar biasa kerana perkara ini agak mustahil bagi penumpang haram seperti itu dalam keadaan selamat.

Pelbagai faktor berbahaya yang berkemungkinan boleh berlaku sekiranya bersembunyi di dalam komponen roda pesawat semasa penerbangan jarak jauh.

Ini kerana kandungan oksigen yang terhad serta suhu sejuk pada altitud tinggi.

“Lelaki itu ditemui masih hidup di bahagian kompartmen roda pesawat dan dibawa ke hospital. Dia kini dalam keadaan stabil,” kata jurucakap Polis Tentera Diraja Belanda, Joanna Helmonds.

“Agak luar biasa bahawa lelaki itu masih hidup,” tambahnya.

Menurut stesen penyiaran Belanda,  NOS, petugas kecemasan berjaya mengembalikan suhu badan lelaki itu kepada bacaan normal ketika ditemui.

Ini bukan kali pertama seorang penumpang dari Afrika Selatan cuba memasuki Eropah dengan cara ini.

Themba Cabeka, 31, tidak sedarkan diri di hospital selama enam bulan selepas ditemui di perkarangan Lapangan Terbang Heathrow.

Dia bergantung pada bahagian bawah jet jumbo dan terselamat dalam penerbangan selama 12 jam dari Afrika Selatan ke London pada 2015.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca