Berpuluh-Puluh Hidupan Aneh Terdampar Di Pantai Australia, Dikenali Sebagai Naga Rumpai Laut

Berpuluh-puluh hidupan laut aneh terdampar di pantai Australia berikutan hujan yang dicatatkan berterusan selama beberapa minggu.

Kehadiran luar biasa hidupan laut berkenaan berjaya dirakam di kawasan pinggir pantai New South Wales.

Menurut pakar, makhluk itu dikenali sebagai Naga Rumpai Laut (Seadragons) yang telah dikesan di beberapa tempat iaitu Cronulla, Malabar dan Central Coast.

Ia dianggap 10 kali ganda berbanding jumlah kebiasaan untuk makhluk itu terdampar di persisiran pantai.

Dr David Booth, profesor ekologi marin di Universiti Teknologi Sydney menerangkan bahawa kejadian tersebut berlaku disebabkan hasil daripada beberapa kombinasi cuaca yang mengejutkan, bahan pencemar yang dihanyutkan ke lautan dan ombak besar.

Hidupan laut yang aneh ini sering ditemui di perairan Australia dan adalah luar biasa bagi mereka untuk sesat begitu jauh dari kawasan habitat mereka.

Kebiasaannya Naga Rumpai Laut ini dianggarkan hanya bergerak 50 hingga 500 meter dari tempat tinggalnya.

“Ini boleh menyebabkan mereka terdedah kepada kehilangan habitat dan perubahan faktor persekitaran,” tambah ketua penyiasat Dr Selma Klanten.

Hidupan laut tersebut sangat popular dalam kalangan penyelam kerana warnanya yang begitu menarik sekali. Kombinasi warna yang berbeza iaitu kuning dan ungu.

Pertumbuhan haiwan ini boleh mencapai sehingga 45cm panjang dan mereka biasanya berada di antara terumbu karang dan mempunyai hubungan rapat dengan kuda laut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca