Berpotensi Jadi Pusat Penyebaran COVID-19, WHO Beri Amaran Pada Afrika

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran bahawa Afrika mungkin akan menjadi pusat penyebaran COVID-19 yang seterusnya.

Hal ini demikian kerana dalam tempoh seminggu kebelakangan ini, perkembangan kes COVID-19 di negara itu meningkat secara mendadak.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, kemungkinan wabak itu akan mengorbankan sekurang-kurangnya 300,000 orang di negara itu sekali gus mendorong hampir 30 juta rakyatnya menghadapi kemiskinan.

Terdapat hampir 19,000 kes positif dicatatkan dan juga hampir 1,000 kematian direkodkan di seluruh Afrika hingga kini.

Turut dilaporkan bahawa benua itu kekurangan ventilator untuk menangani pandemik COVID-19.

Lebih daripada satu pertiga penduduk Afrika kekurangan bekalan air yang mencukupi dan hampir 60 peratus tinggal di kawasan bandar yang sesak seterusnya memudahkan lagi penyebaran wabak COVID-19.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca