Berpopulasi Hanya 3 Orang Penduduk, Ini 5 Negara Yang Aman Tapi Sepi

Penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 32.6 juta orang pada tahun ini. Ia telah meningkat berbanding tahun lepas iaitu seramai 32.4 juta orang. Namun, terdapat beberapa buah negara di mana penduduknya tidak lebih daripada 7 orang.

Berikut adalah lima buah negara yang aman dan damai tapi sepi menyapa penduduknya:

1. Republik Molossia

Republik Molossia adalah sebuah negara yang mempunyai tujuh orang penduduk. Tetapi tidak semua penduduk di sana terdiri daripada manusia. Ia terdiri daripada Kevin Baugh, keluarganya, tiga ekor anjing dan seekor arnab. Negara ini dibangunkan oleh Kevin Baugh yang bertempat di Nevada, USA.

Negara ini mempunyai lagu nasional, benderanya sendiri dan menjalankan hukuman mati bagi kejahatan yang dilakukan oleh penduduknya.

2. Kerajaan Sealand

Kalau anda tinggal di negara ini, anda boleh mendapat ijazah hanya dengan beberapa ratus paun sterling. Negara ini terletak di sekitar laut Great Britain. Penduduk kerajaan Sealand ini berjumlah 27 orang.

3. Hutt River

Orang yang mengisytiharkan tanah ladang untuk menjadi sebuah negara bernama Hutt River ialah Leonard Casley. Kerajaan Hutt River ini mempunyai penduduk seramai 30 orang. Walaupun tidak menerima pengiktirafan sebagai sebuah negara, ia mempunyai mata wang, setem dan pasport sendiri.

4. Seborga

Sebuah desa yang berada di sempadan Itali dan Perancis ini diberi nama Seborga. Negara ini hanya memiliki penduduk seramai 312 orang dan mempunyai tiga orang tentera iaitu Menteri Pertahanan dan dua pengawalnya.

5. Niue

Walaupun sepi kerana populasi yang sedikit iaitu seramai 1,190 orang, negara ini mempunyai lapangan terbang dan sebuah pasar raya. Niue adalah sebuah pulau kecil yang berada di Lautan Pasifik dan pendapatan negara ini bergantung daripada bantuan luar negara khususnya dari New Zealand.

Inilah lima negara yang mencatat rekod penduduk paling sedikit di dunia. Kalau berkesempatan, bolehlah melawat dan rasai sendiri pengalaman di negara-negara tersebut

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca