Jonathan Lewis, 32, seorang guru sekolah rendah dari Walton, United Kingdom berhadapan peristiwa seram apabila dia menjumpai patung mainan berserta nota aneh di dalam dinding rumah barunya.
“Saya baru sahaja membeli rumah itu dan saya mendapat kunci pada hari Jumaat (18 September). Saya juga tahu ada ruang kosong di bawah tangga yang telah dilapisi plaster.”

Menurut guru lelaki itu, terdapat wayar yang terkeluar dari dinding di mana pemilik sebelumnya meletakkan peti sejuk . Namun, dia tidak pasti posisi wayar itu dipasang, jadi dia mengetuk sedikit pada dinding untuk melihat apa yang ada di dalamnya.
Di ruangan kosong di bawah tangga rumahnya itu, Jonathan bertindak untuk memecahkan dinding tersebut dengan tukul. Apabila dia melihat ke dalam lubang dinding itu, Jonathan mendapati dua mata yang memandangnya kembali.

Sumber: World of Buzz
“Saya memecahkan lubang bersaiz penumbuk, suluhkan cahaya ke dalamnya dan melihat sebuah anak patung terduduk di situ.”
Jonathan juga menyedari patung tersebut memegang kertas dengan nota yang bertulis:
“Kepada pembaca/pemilik rumah baharu, terima kasih kerana membebaskan saya!”
“Nama saya Emily. Pemilik asal saya tinggal di rumah ini pada tahun 1961. Saya tidak menyukainya jadi mereka harus pergi.”
“Mereka hanya menyanyi dan bergembira, sangat menjengkelkan. Saya memilih untuk membunuh mereka dengan tikaman, jadi saya harap anda mempunyai pisau.”
“Semoga anda tidur lena.”
Rakan Jonathan yang tahu tentang kejadian pelik itu menyuruhnya untuk pindah keluar dan menjual rumah itu kembali.
Berbeza pula dengan reaksi rakannya, Jonathan menganggap kejadian tersebut lucu dan tidak menyeramkan. “Sejujurnya, saya mungkin akan melakukan perkara yang sama.”
Menurutnya, patung berserta nota itu sengaja diletakkan di dalam dinding kerana kertas tersebut masih kelihatan baru.
“Tulisan nota itu menyatakan 1961 tetapi ejen hartanahnya memaklumkan bahawa dapur rumah itu hanya selesai disiapkan empat atau lima tahun yang lalu.”
Untuk baca artikel menarik lain, anda boleh klik pada pautan di bawah: