Berpakaian Tidak Sesuai Ketika Memasak, Alicia Amin Tampil Mohon Maaf

Kecoh di media sosial apabila model dan juga pelakon iaitu Alicia Amin telah menerima kecaman warganet berikutan penampilannya yang tidak sesuai ketika memasak.

Ramai yang mempertikaikan tahap kebersihannya dalam proses penyediaan makanan kerana jika dilihat, ia tidak mengikut etika yang sesuai ketika memasak lebih-lebih lagi masakan itu untuk dijual kepada orang ramai.

Sudah pasti penyediaan makanan yang bersih merupakan satu perkara yang perlu dititik beratkan ketika memasak. Jika tersilap sedikit sahaja akan memberi kesan kepada sesiapa yang memakannya.

Lantaran itu, Alicia telah memuat naik satu hantaran di Instagram perniagaannya iaitu ‘Rendang Tok Raja Lapar’ untuk menjelaskan persoalan ramai dan juga untuk memohon maaf.

Menurut model itu, dia pernah bekerja dalam industri makanan dan minuman sebelum ini, jadi tidak perlu risau mengenai isu seperti suntikan typhoid. Katanya lagi, dia akan menyemak bila tarikh luput kepada suntikan tersebut.

Isu sarung tangan, penutup kepala dan apron pula, Alicia akui bahawa dia memang terlepas pandang mengenai perkara penting seperti itu. Menurutnya, melihatkan ramai penjual makanan di bazar dan tepi jalan yang tidak mematuhi peraturan ini membuatkan dia tidak peka.

Walau bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa tidak adil jika ada yang mempersoalkan kenapa dia menjual juadah Melayu, padahal ramai juga bangsa lain yang gemar masakan rendang.

Semoga teguran ini akan membuatkan Alicia lebih peka dan menitik beratkan tahap kebersihan ketika memasak. Diharapkan isu sebegini tidak timbul lagi selepas ini. Apa yang pasti, usahanya untuk memasak juadah Melayu harus dipuji.

Untuk baca artikel lain berkenaan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca