Beroperasi Sewaktu ‘Lockdown’, Tukang Gunting Rambut Ini Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Amerika syarikat merupakan negara yang berada di tangga pertama dalam jumlah kes yang paling tinggi positif COVID-19. Pada waktu negara itu menjalankan perintah berkurung, sebuah kedai gunting rambut di daerah Missisipi masih meneruskan operasi seperti biasa.

Pemilik kedai gunting rambut, Eugene Thompson telah menggunting rambut para pelanggan dan memuat naik video di laman sosial sehingga menarik perhatian orang ramai.

Walau bagaimanapun, beliau dikatakan hanya membenarkan orang yang mahu memotong rambut sahaja untuk datang ke kedai bagi mengelakkan terlalu ramai orang berkumpul di dalam.

Namun, pada 17 Mac Eugene memaklumkan di laman Facebooknya bahawa beliau mula berasa tidak sedap badan dan mula menasihati orang ramai supaya duduk di rumah dan menjaga kesihatan masing-masing.

Beliau turut menyatakan perkhidmatan kedainya tidak dapat diteruskan atas faktor kesihatan.

Tukang gunting rambut itu kemudian disahkan positif COVID-19 pada 22 Mac dan dua hari kemudian keadaan dirinya bertambah teruk dan beliau mula dipantau rapi oleh petugas kesihatan.

Pada 4 April, ahli keluarga Eugene telah memaklumkan beliau sudah meninggal dunia.

“Memori terakhir kami bersamanya apabila dia menaiki ambulans. Kami tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya, dia cuma bersendirian sehingga ke akhir hayatnya.

“Sebelum anda berfikir untuk keluar dari rumah, atau ke rumah rakan-rakan anda, sila ingat apabila anda melangkah keluar dari pintu anda boleh menyebabkan kematian diri sendiri, anak-anak dan juga ibu bapa,” kata Debra, kakak kepada Eugene Thompson.

Untuk rekod, Amerika Syarikat kini mencatakan 532,879 kes positif COVID-19 dan 20,577 jumlah mangsa korban.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca