Bernafas Tanpa Hidung, Ini Kisah Pelik Suku Kaum Apatani

Manusia bernafas melalui hidung kecuali jika dilahirkan tanpa lubang hidung. Tapi sanggupkah anda bernafas melalui mulut sepanjang hayat? Sudah tentu menyeksakan. Ini yang terpaksa dihadapi oleh wanita suku kaum Apatani.

Apatani atau Tani merupakan suku kaum yang memiliki seramai 60 ribu orang. Kawasan suku kaum ini terletak di dataran tinggi India.

Penyumbat berwarna hitam yang diperbuat daripada buluh akan dipotong mengikut ukuran saiz lubang hidung. Kemudian, penyumbat itu disumbat ke dalam rongga hidung hingga tertutup dengan kemas. Penyumbat hidung akan diganti setahun sekali hingga saiz lubang hidung membesar bersamaan panjang ibu jari.

Kemudian, wajah mereka akan ditatukan dari dahi hingga ke dagu supaya kelihatan hodoh dan menakutkan.

Sejarah suku kaum ini bermula apabila suatu ketika dahulu anak-anak gadis suku Apatani kerap diculik dan dirogol kerana kecantikan mereka. Maka, dengan menyumbat lubang hidung dan bertatu dari dahi hingga ke dagu, anak-anak gadis suku kaum ini akan kelihatan menakutkan dan tidak lagi diculik dan dirogol oleh suku kaum Nishi yang bermusuhan dengan suku kaum Apatani.

Artikel Lain Untuk Di Baca