Bermula Daripada Sebuah Kilang, Ini Kisah Di Sebalik Undang-Undang Kerja 5 Hari Setiap Minggu Dan Waktu Kerja 8 Jam

Ramai golongan yang bekerja akan melalui apa yang dikatakan sebagai sindrom ‘Monday blues’ setiap minggu. Pernahkah anda terfikir bahawa siapakah yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan undang-undang kerja lima hari tetapi cuti dua hari setiap minggu?

Individu di sebalik akaun yang menggunakan tweethandle @IsskndarAriffin itu membuat perkongsian tersebut di laman Twitternya untuk menjawab persoalan tersebut.

Memetik sumber asal perkongsian tersebut iaitu John Mohamed, kisah ini bakal menjawab dua persoalan utama iaitu sejarah di sebalik pengenalan undang-undang kerja lima hari setiap minggu dan waktu kerja lapan jam.

Menerusi bebenang tersebut, sebuah kilang di New England, Amerika pada 1908 telah membuat keputusan untuk memberikan cuti pada hari Sabtu.

Sumber: Twitter

Pada mulanya, kilang tersebut memberikan cuti pada hari Sabtu kerana pekerja yahudi mengadu bahawa mereka terpaksa bekerja pada hari Sabbath dan pekerja Kristian turut menerima hak yang sama supaya boleh ke gereja pada hari Ahad.

Semenjak dari itu, banyak kilang telah membuat perkara yang sama. Namun, siapakah pula yang memperkenalkan peraturan kerja lapan jam setiap hari?

Pada mulanya, kerajaan Amerika Syarikat memperkenalkan peraturan tersebut untuk penjawat awam dengan harapan agar pihak swasta turut mengikuti inisiatif ini. Walau bagaimanapun, sambutan terhadapnya masih dingin.

Namun, Ford Motor Company iaitu pengeluar kereta pertama dunia menjadi pemangkin kepada penyelesaian isu berkenaan selepas hampir 30 tahun memperjuangkan isu tersebut.

Henry Ford

Henry Ford yang merupakan pengasas syarikat itu menukar polisi syarikatnya pada 25 September 1926 dengan memperkenalkan peraturan jadual kerja lapan jam sehari dan waktu kerja lima hari setiap minggu.

Ford Motor merupakan syarikat pertama yang membuang satu hari daripada jadual kerja mereka dengan memperkenalkan konsep jadual kerja 40 jam seminggu kepada dunia.

Henry membuat keputusan tersebut selepas mendapati bahawa sebuah syarikat perlukan pelanggan untuk membuat keuntungan tetapi untuk mereka datang, pelanggan mestilah mempunyai masa yang cukup untuk membeli-belah.

Selepas pengenalan polisi tersebut, golongan yang bekerja lapan jam sehari bukan sahaja mempunyai masa yang cukup untuk membeli barangan keperluan mereka tetapi boleh memandu kereta Ford di mana kereta merupakan sebuah kemewahan pada ketika itu.

Kesimpulannya, produktiviti pekerja turut meningkat selepas penurunan tempoh wajib kerja tersebut.

Artikel Lain Untuk Di Baca