Sebuah keluarga di Indiana terselamat daripada puting beliung selepas mereka semua terpaksa berlindung dalam tandas rumah mereka yang merupakan satu-satunya kawasan rumah yang tidak runtuh.
Salah seorang daripada keluarga tersebut, Jake Hill menceritakan sewaktu kejadian itu berlaku dia sedang bekerja.
Apabila mendapat panggilan panik daripada ibunya yang menyatakan puting beliung meluru ke arah kampungnya membuatkan Jake Hill bergegas pulang.
Jacob Hill, of Spencer, Indiana, survived a 138 mph tornado that decimated his family home late last month.
— Erin Snodgrass (@erinsnod) April 11, 2023
He shared video footage of the damage with Insider. pic.twitter.com/6HbRCVV1iO
Keluarga mereka sudah tahu tentang amaran puting beliung kerana penduduk lama di barat tengah seringkali kerap muncul ribut.
Lewat bulan lalu, perkara tersebut tidak dapat diduga oleh Jake Hill dan keluarganya apabila 10 siri puting beliung melanda Indiana pada malam 31 Mac.

Hill menjelaskan keadaan yang kelam kabut dan angin semakin kuat, dia terdengar seseorang dalam keluarganya menjerit untuk menyuruh semua orang masuk dalam rumah dan terus bersembunyi di tandas.
Selain keluarga Hill, anjing peliharaan mereka turut berlindung sekali di tandas bersama mereka.

Ribut itu berlalu di kawasan rumah mereka antara kira-kira 45 saat dan ke semua ahli keluarga Jake Hill terselamat.
Bencana alam tersebut telah menyebabkan sekurang-kurangnya 32 orang terkorban dan beberapa lagi cedera parah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: