Berlindung Di Rumah Pondan, Long Tiger Akhirnya Berjaya Ditangkap Polis

Tahanan Long Tiger yang telah meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak, Johor pada 15 Disember lalu akhirnya berjaya ditangkap polis di rumah seorang pondan di Jalan Kuala Ketil kelmarin.

Semasa penangkapan dirinya pada pukul jam 3 petang semalam, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab hamid, 33, mencuba sekali lagi untuk melarikan diri dengan memanjat bumbung, namun gagal apabila dirinya tergelincir jatuh di lantai dapur.

Long Tiger direman emapt hari bermula hari ini. Sumber: BERNAMA

Melalui risikan pihak polis Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, mereka mendapat maklumat yang mengatakan bahawa Long Tiger bersembunyi di sebuah rumah.

“Bertindak daripada maklumat itu, sepasukan polis bergegas ke rumah terbabit, namun penghuninya enggan membuka pintu. Ketika itu, Long Tiger dilihat sudah memanjat bumbung untuk meloloskan diri.

“Anggota polis terpaksa memecahkan pintu dan mengarahkan Long Tiger turun daripada bumbung, namun dia tergelincir dan terjatuh,” kata pihak polis.

Akibat terjatuh daripada bumbung tersebut, Long Tiger mengalami kecederaan di bahagian kepala dan anggota badan.

“Selain Long Tiger, polis turut menahan penghuni rumah terbabit yang juga seorang pondan berusia 40-an kerana didapati cuba melindungi lelaki berkenaan.”

Sejak 15 Disember lalu, Long Tiger menjadi buruan polis. Dalam menyiasat insiden berkenaan, dua anggota polis telah digantung tugas kerana disyaki terbabit secara langsung atas kesalahan cuai sehingga menyebabkan tahanan itu melarikan diri.

Datuk Sharudin Ali, peguam yang mewakili Long Tiger juga memutuskan untuk menarik diri daripada mewakili lelaki Rohingnya tersebut.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca