Berkonsepkan Filem Star Wars, Rumah Agam Ini Dijual Dengan Harga RM66 Juta

Sebuah rumah agam yang terletak di Golden Oak, Florida dibina dengan konsep filem sains fiksyen popular iaitu Star Wars, dijual pada harga AS$15 juta (RM66 juta).

Rumah yang berada di kawasan Walt Disney World Resort itu mempunyai tujuh buah bilik tidur dan sembilan bilik mandi serta lengkap dengan sebuah pawagam.

“Pawagam tersebut mempunyai replika Chewbacca (makhluk dalam filem Star Wars) bersaiz sebenar yang direka oleh pemiliknya,” kata ejen hartanah, Chris Christensen.

Bukan itu sahaja, malah rumah mewah ini dihiasi dengan ciri-ciri yang juga akan menggembirakan mana-mana peminat filem Disney.

Antaranya termasuk replika pendiangan Cinderella dan patung Toothless bersaiz gergasi yang merupakan watak seekor naga dari filem How To Train Your Dragon.

Pereka Disney Resort turut membantu menampilkan beberapa ciri-ciri unik ini termasuklah tingkap kaca berwarna yang bertemakan Disney.

Sumber: MY MODERN MET

Tarikan utama semestinya ruang pawagam berhias dengan mengikut tema Millenium Falcom dalam filem Star Wars.

Apabila penghuni rumah memerlukan rehat daripada semua peralatan watak Jedi pula, terdapat kawasan besar di rumah agam yang dibina pada tahun 2019 itu yang menampilkan ciri-ciri lebih konvensional.

Rumah berkeluasan 1,021 meter persegi itu dibina di atas tanah seluas 0.304 hektar serta tidak jauh dari Enchanted Oak Drive, resort Disney.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca