Berkilau Bila Pakai, Ini Tips Cuci Barang Kemas Guna 3 Bahan

Memandangkan harga emas sudah mula turun sedikit berbanding sebelum ini, maka semakin ramai pencinta barang kemas membelinya sama ada untuk tujuan pelaburan atau kegunaan sendiri.

Bagi mereka yang gemar untuk memakai barang kemas tidak kiralah rantai, cincin, gelang atau apa-apa sahaja, amat penting untuk tahu bagaimana cara penjagaan sebenar agar ia kelihatan berkilau persis baharu. Sekiranya tidak dijaga dan dicuci dengan betul, barang kemas yang lama atau sentiasa dipakai akan kelihatan kusam dan tidak menarik.

Berikut kami kongsikan cara-cara yang sangat mudah untuk cuci barang kemas anda:

Bahan-bahan:

  • Pencuci pinggan
  • Garam halus
  • Baking soda
  • Berus gigi

Langkah-langkah:

1. Campurkan ketiga-tiga bahan dengan sukatan satu sudu kecil sahaja dengan air suam dan kacau sehingga berbuih

2. Masukkan barang kemas ke dalam larutan tadi

3. Beruskan barang kemas dengan menggunakan berus gigi secara perlahan-lahan

4. Selepas 10 minit, bilas dengan air biasa

Hasilnya, barang kemas anda akan kelihatan persis baharu. Anda hanya perlukan lebih kurang 10 minit untuk menjadikan barang kemas anda berkilau-kilau semula. Langkah-langkah di atas dikenali sebagai deep cleaning dan kami sarankan untuk lakukannya setahun sekali sahaja.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca