Berkelakuan Seperti Anjing, Ini Adalah 10 Fakta Menarik Tentang Burung Gagak Raven

Ikuti kisah Max dan burung Raven kesayangannya, Floki. Max telah menjaga Floki sejak ia masih kecil. Floki diberikan kebebasan untuk terbang sesuka hati, akan tetapi Floki masih datang mengunjungi Max setiap hari. Kelakukan Floki kadangkala saling tidak tumpah seperti anjing. Floki akan menggoyangkan ekornya apabila berjumpa dengan Max.

Max pernah cuba untuk mengajar Floki berkata-kata, akan tetapi ia lebih memilih untuk menyalak seperti anjing. Selain daripada menyalak, Floki juga mempunyai beberapa sifat anjing peliharaan seperti bermain kejar bola dan kayu, dan juga menyorak sesuatu di belakang rumah Max.

Menerusi laman Twitter The Dodo, telatah Floki mendapat beribu perhatian warganet. Sifat Floki yang sentiasa setia pulang ke pangkuan orang yang menjaganya menyebabkan warganet geram akan kecomelan burung Raven itu.

Ini adalah fakta menarik tentang burung gagak raven.

1. Raven merupakan haiwan yang paling bijak

Burung gagak raven merupakan haiwan yang terpandai selain ikan lumba-lumba dan chimpanzi.

2. Boleh meniru bunyi seperti burung kakak tua

Burung gagak raven boleh belajar bercakap lebih baik daripada beberapa burung kakak tua. Selain itu, burung gagak raven juga boleh meniru bunyi lain seperti enjin kereta, tandas, haiwan dan burung.

3. Masyarakat di Eropah menganggap burung gagak raven adalah jahat

Kebanyakan budaya di Eropah menganggap burung gagak raven adalah sebuah burung besar hitam yang jahat. Manakala di Denmark, orang percaya bahawa burung gagak malam telah dihidupkan semangat dan anda sebaiknya tidak melihat burung tersebut.

4. Banyak terdapat di dalam mitos barat

Orang Cina berkata burung gagak menyebabkan cuaca buruk di hutan untuk memberi amaran kepada orang bahawa tuhan akan berlalu. Beberapa puak asli Amerika menyembah burung gagak sebagai dewa dalam dirinya sendiri. Dipanggil Raven kerana mengambarkan sebagai seorang penipu yang terlibat dalam penciptaan dunia.

5. Suka bermain-main

Burung gagak raven sering bermain dengan haiwan lain seperti serigala, berang-berang, dan anjing. Raven bahkan pandai membuat tingkah laku haiwan dengan menggunakan tongkat, pinecone, bola golf, dan batu untuk bermain antara satu sama lain ataupun dengan sendirinya.

6. Melakukan perkara pelik dengan semut yang dikenali sebagai ‘anting’

Burung gagak raven sering berbaring di ‘anthills dan roll around’ sehingga semut berkeliaran di atasnya. Seterusnya mereka akan mengunyah semut dan menggosok pada bulu mereka. Nama saintifik untuk ini disebut “anting.”

7. Memahami isyarat untuk berkomunikasi

Satu kajian yang dibuat di Austria mendapati bahawa burung gagak mengarahkan dengan sayap mereka untuk menunjukkan objek kepada burung lain seperti yang kita lakukan dengan jari kita. Mereka juga memegang objek untuk mendapatkan perhatian burung yang lain. Ini adalah kali pertama para penyelidik melihat gerak isyarat secara semula jadi di dalam mana-mana haiwan.

8. Pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran

Burung gagak raven ini boleh hidup dalam pelbagai habitat. Burung ini memakan ikan, daging, biji, buah, bangkai, dan sampah. Mereka mempunyai beberapa pemangsa dan boleh hidup lama sehingga 17 tahun.

9. Mempunyai sifat empati sesama sendiri

Walaupun sifat burung gagak raven ini adalah jahat, namun burung gagak nampaknya mampu merasakan empati. Apabila rakan mereka hilang dalam pertarungan, mereka akan kelihatan tidak senang duduk lalu mengibarkan sayap mereka.

10. Bersifat pemberontak ketika meningkat dewasa dan terbang secara berpasangan

Apabila mencapai usia remaja, burung ini akan menjadi pemberontak lalu akan meninggalkan sarangnya. Menariknya, hidup di kalangan remaja nampaknya memberi tekanan kepada burung gagak. Para saintis telah menemui tahap hormon stres yang lebih tinggi di dalam najis gagak remaja berbanding dengan najis orang dewasa.

Penulis:

  • Nur Aqimila Binti Mohd Razali adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan haiwan, klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca