Berkelakuan Lucah Di Hadapan Kanak-Kanak Ketika ‘Live’, Safiey Illias Ditahan Polis

Safiey Illias ditahan polis selepas nama pengasas produk kosmetik sensasi itu menjadi bualan ramai kerana didakwa telah melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap dua orang kanak-kanak lelaki ketika rakaman Instagram Live.

Safiey dan rakannya menerima kecaman hebat daripada orang ramai kerana berpakaian tidak senonoh dan turut menghisap rokok elektronik di hadapan dua orang remaja yang dipercayai berusia 14 dan 15 tahun.

Sumber: Kool FM

Selepas video itu tular, seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Profesor Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar tampil memfailkan laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi semalam terhadap usahawan kosmetik berkenaan.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Bukit Aman (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman iaitu Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata pihaknya telah menerima rakaman tersebut.

Pihak beliau juga sedang mengenal pasti pemilik akaun terlibat dan akan memanggil semua individu yang ada di dalam rakaman tular itu. “Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 15(a) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-​Kanak 2017 atau child grooming,” ujar Siti Kamsiah lagi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kajang iaitu Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan penangkapan usahawan berkenaan dan mereka akan mendapatkan perintah tahanan reman hari ini bagi membantu siasatan.

Sumber: Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Buat anda yang masih keliru, Akhi Fairuz Al-Jengkawi telah memuat naik satu hantaran di laman Facebook beliau berkenaan rakaman siaran langsung usahawan kosmetik terbabit bersama rakannya.

Penceramah bebas itu turut mempersoalkan tindakan Safiey dan rakannya berpakaian tidak senonoh dan turut melakukan adegan ‘panas’ terhadap dua kanak-kanak lelaki yang turut serta dalam live tersebut. Apa pendapat anda berkenaan perkara ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca