Sebuah kereta terbang berharga sekitar RM753,509 mendapat kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) untuk memulakan ujian penerbangan selepas pembangunan selama 14 tahun.
Kereta terbang yang dinamakan Samson Switchblade itu sedang menjalani ujian kelajuan terakhirnya sebelum dipandu ke udara buat kali pertama.
Pihak Samson Sky menjelaskan bahawa pembinaan kenderaan itu sebanyak 2,100 unit telah ditempah awal.
Ia merangkumi tempahan dari 52 negara dan kesemua 50 negeri itu dari Amerika Syarikat.
Kereta terbang tersebut mempunyai tiga roda dan saiznya bersesuaian dengan tempat letak kereta biasa.
Cara penyimpanannya juga mudah hanya di dalam garaj atau diletakkan di halaman rumah.
Yang menariknya, pembeli perlu memasang kereta itu sendiri kerana ia dijual dalam pek bina sendiri.
Setiap kit Switchblade dilengkapi enjin, gear, peralatan elektronik penerbangan, bahagian dalaman dan Program Bantuan Samson Builder.
Pengguna perlu memandu kereta itu di jalan raya dari rumah ke lapangan terbang berdekatan untuk melepaskan sayap dan ekor yang menghayun keluar dalam masa kurang tiga minit.
Seterusnya, pemandu kemudian boleh menerbangkan kereta itu dari lapangan terbang menuju destinasi mereka.
Sebelum mendarat, mereka hanya perlu menukar semula kepada mod pemanduan di darat.
Apabila dipandu di udara, kereta itu boleh mencapai kelajuan sehingga 306 kilometer sejam (kmj) dan ketinggian 21,000 kilometer (km).
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: