Berkat Program Televisyen, Lelaki Ini Dibebaskan Selepas 35 Tahun Dalam Penjara

Seorang lelaki yang menjalani hukuman penjara seumur hidup sewaktu berumur 21 tahun telah bebas daripada hukuman itu atas berkat sebuah program televisyen.

John Galvan disabitkan dengan pembunuhan dan pembakaran bersama dua yang lain pada 1980-an.

Walau bagaimanapun mereka didapati tidak bersalah selepas episod lama rancangan Mythbusters ditayangkan semula.

Sumber: IFL Science

Episod itu membuktikan sebatang rokok tidak boleh menyalakan Molotov cocktail atau bom petrol yang merupakan faktor utama dalam kes tersebut.

Program televisyen yang bertajuk MythBusters adalah sebuah rancangan rancangan televisyen hiburan sains Australia-Amerika dicipta oleh Peter Rees dan diterbitkan oleh Beyond Television Productions di Australia. Siri ini ditayangkan di Discovery Channel pada 23 Januari 2003.

Sumber: ati

Selepas 15 tahun melihat episod itu, John Galvan dan penguamnya dari Innocent Project dapat menyakinkan hakim bahawa dia dan dua lelaki yang turut terlibat dalam kes itu didapati tidak bersalah.

John Galvan menghubungi peguam yang kebetulan juga melihat episod itu.

Ternyata pada tahun 2007, satu pasukan penyelidik Biro Amerika Syarikat mengenai alkohol, tembakau, senjata api dan bahan letupan (ATF) telah mencuba 2,000 kali untuk menyalakan api petrol menggunakan rokok.

Namun begitu, percubaan menghidupkan api gagal kerana tidak sekali pun petrol tersebut menyalakan api.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca