Berkahwin Dengan Diri Sendiri, Ini 5 Perkahwinan Paling Pelik Di Dunia

Perkahwinan selalunya melibatkan dua pihak iaitu pengantin lelaki dan perempuan. Tahukah anda terdapat perkahwinan yang pelik dan ia tidak melibatkan pengantin lelaki atau perempuan tetapi melibatkan haiwan atau benda lain.

Berikut adalah lima perkahwinan paling pelik di dunia:

1. Diri sendiri

Lelaki yang berasal dari Zhuhai, China ini dikenali sebagai Liu Ye berumur 42 tahun. Dia sangat mencintai dirinya sehingga melangsungkan perkahwinan di hadapan tetamu undangan seramai 100 orang dan menampal gambarnya sendiri dengan memakai solekan dan gaun berwarna merah seperti pengantin.

2. Bantal

Lee Jin-gyu, 28 merupakan lelaki yang berasal dari Korea ini menikahi bantal karakter anime kesayangannya. Bantal tersebut menampilkan karakter anime ‘Fate Testarossa’ yang berasal dari siri ‘gadis ajaib’ iaitu Mahou Shoujo Lyrical Nanoha. Perkahwinan ini diadakan lengkap dengan jurunikah dan mendapat liputan luas dari pelbagai media.

3. Tembok Berlin

Wanita Sweden yang bernama Eija Riitta jatuh cinta pada tembok berlin sejak berumur 7 tahun apabila pertama kali melihatnya di televisyen hingga mengambil keputusan untuk berkahwin dengan tembok Berlin.

4. Trak

Akibat tidak teruja dan terangsang dengan lelaki selama beberapa tahun, wanita yang dikenali sebagai Maria Griffin dari California ini membuat keputusan untuk mengahwini sebuah trak Ford. Beliau mula tertarik kepada kenderaan lalu membeli sebuah trak Ford dan mengadakan satu majlis perkahwinan yang diuruskan oleh rakannya sendiri.

5. Menara Eiffel

Erika berumur 39 tahun telah lama mempunyai pengalaman jatuh cinta terhadap benda. Beliau merupakan seorang bekas tentera yang menetap di San Francisco membuat pilihan untuk berkahwin dengan menara Eiffel dan ia merupakan pilihan terakhirnya.

Terdapat banyak lagi perkahwinan yang pelik berlaku didunia. Perkara ini boleh berlaku kerana penyakit mental yang dihadapi seseorang itu. Mereka tidak dapat mengawal tahap obses terhadap sesuatu perkara dan tidak senang untuk diubah.

Artikel Lain Untuk Di Baca