Berkahwin Dengan Adik Kandung Sendiri, Lelaki Ini Terima Pelbagai Kecaman Daripada Warganet

Berita tentang seorang lelaki di daerah Bulukumba, Sulawesi Selatan, Indonesia yang telah menikahi adik kandungnya tular beberapa hari yang lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai Ansar itu dikatakan pernah melakukan hubungan intim dengan adik bongsunya sehingga menyebabkan gadis berkenaan berbadan dua.

Sebaik sahaja mendapat tahu tentang perlakukan sumbang mahram itu, isteri pertama Ansar yang hanya dikenali sebagai HE segera membuat laporan polis. HE menggesa pihak berwajib supaya melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap suaminya yang curang itu.

Lelaki yang berusia 32 tahun itu dilaporkan bernikah dengan adiknya di sebuah lokasi dekat Kalimantan Timur.

Menurut laporan yang difailkan HE, kedua beradik itu telah melakukan perkara terkutuk sejak beberapa bulan lalu di luar pengetahuannya.

Tambah HE lagi, selama ini dia langsung tidak pernah mencurigai tindak-tanduk suami kesayangannya itu terhadap adik iparnya.

Walau bagaimanapun, HE mendapat tahu tentang pernikahan mereka sebaik sahaja menonton video majlis berkenaan selain melihat sendiri surat pengesahan pernikahan daripada mertuanya.

Kecewa dengan kelakukan Ansar, HE memberitahu bahawa dia akan menuntut penceraian daripada suaminya itu.

“Setelah selesai proses undang-undang (berhubung kes suaminya berkahwin dengan adik sendiri), saya akan meminta cerai,” kata HE seperti dilaporkan media Indonesia.

Pada masa yang sama, salah seorang daripada ahli keluarga Ansar yang hanya mahu dikenali sebagai RS juga berharap agar tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap Ansar.

Ujar RS, dia tidak pasti bagaimana mahu berhadapan dengan kedua-dua adiknya itu.

“Kami berharap mereka dihukum. Seandainya masih berlaku hukum adat maka saya juga meminta itu (hukum adat),” tegasnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca