Berjaya Raih Ribuan Tontonan, ‘Live Stream’ Lelaki Ini Tidur Curi Perhatian Warganet

Video tular sudah menjadi kebiasaan pada zaman ini. Pelbagai jenis video dilakukan oleh sesetengah pihak untuk meraih tontonan daripada warganet.

Seorang lelaki tempatan yang dikenali sebagai AC Hami turut tidak ketinggalan untuk mencuri perhatian warganet dengan cara yang tersendiri di mana dia telah merakam video ketika sedang tidur dan dikongsikan kepada penonton secara penstriman di Facebook.

Lelaki ini juga berkongsi cara-cara untuk tidur yang dimulakan dengan menarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan. Kemudian, kosongkan fikiran dan membayangkan corak petak sehingga mengantuk.

Tanpa dijangka, video dia sedang tidur itu berjaya meraih lebih 80,000 tontonan. Video tidur itu juga menerima lebih 600 perkongsian oleh pengguna laman Facebook.

Meskipun hanya merakam dirinya sedang tidur, video tersebut menjadi sebutan dan rata-rata penonton terhibur dengan perkara ini.

Sebelum ini, kami pernah kongsikan kisah seorang blogger yang meninggal dunia selepas memakan lipan dan cicak tokek semasa membuat penstriman di sebuah laman sosial terkenal. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca