Pernahkah anda menggunakan Google Maps sebelum ini? Ramai orang guna aplikasi tersebut dengan kerap untuk memeriksa keadaan trafik supaya mereka tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Namun, siapa sangka kesesakan trafik dalam aplikasi ini sebenarnya boleh direka?
Untuk pengetahuan anda, traffic jam atau kesesakan lalu lintas dalam Google Maps diukur melalui kelajuan kenderaan yang bergerak di sesebuah kawasan.
Namun, seorang lelaki dari Jerman, Simon Weckert melakukan eksperimen untuk mengetahui bagaimana Google Maps ‘bekerja’ dalam menentukan kesesakan lalu lintas.

Untuk dijadikan cerita, Simon berjalan kaki di jalan-jalan lengang sekitar Berlin, Jerman dengan membawa 99 telefon pintar dalam sebuah kereta sorong kecil.
Tidak berhenti di situ, lelaki itu telah membuka aplikasi Google Maps pada semua telefon tersebut.
Rupa-rupanya, aplikasi terbabit menandakan semua jalan yang dilalui oleh Simon itu dengan warna merah di mana ia membawa maksud kesesakan lalu lintas!
Dalam pada itu, eksperimen itu menyebabkan sesetengah pengguna skeptikal mengenai mekanisme Google Maps dalam mengesan kesesakan trafik.
Sebagai respons, seorang pekerja dari Google memberikan penjelasan tentang ‘prank’ Simon terhadap Google Maps.
Pekerja itu berkata bahawa syarikat tersebut menentukan keadaan lalu lintas dengan menarik data servis lokasi daripada telefon pintar.
Selain itu, Google turut menggunakan ‘sumbangan daripada komuniti Google Maps’ untuk menentukan keadaan trafik di kawasan tersebut.
Rata-rata warganet meluahkan keterujaan dengan kemahiran beliau dalam ‘menipu’ sistem terbabit walaupun ia hanya dianggap sebagai eksperimen sahaja.
Namun, terdapat juga individu yang tidak bersetuju dengan pendekatan tersebut.
Mana tidaknya, ada antara mereka menjadi terkejut dengan kesesakan lalu lintas di tempat mereka.
Sekiranya anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana lelaki ini berjaya ‘menipu’ sistem Google Maps, anda boleh tonton video di bawah.
Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai Google Maps, anda boleh klik pautan di bawah: