Berjaya Merentasi Selat Cook, Pesawat Elektrik Pertama Mencipta Sejarah

electricair

Pesawat elektrik pertama New Zealand telah berlepas dari lapangan terbang Omaka di Blenheim pada hari Isnin dalam penerbangan bersejarah merentasi Selat Cook.

Juruterbang yang juga pengasas ElectricAir, Gary Freedman berjaya membuat penerbangan terpanjang di dunia setakat ini bagi pesawat berkuasa elektrik.

Ini merupakan percubaan kali kedua dilakukan oleh mana-mana individu yang membuat penerbangan merentasi selat yang memisahkan dua kepulauan Pasifik Selatan sejak 101 tahun lalu.

Sumber: STUFF

Penerbangan bergerak lancar hanya mengambil masa selama 45 minit di udara. Freedman memaklumkan, bateri masih berbaki 40 peratus selepas mendarat di Lapangan Terbang Wellington sekitar jam 10 pagi.

Lakaran sejarah ini juga bertepatan dengan permulaan Persidangan Perubahan Iklim COP26 bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Glasgow, Scotland.  

Secara tidak langsung peristiwa ini dapat menyuarakan mesej berkaitan kepentingan pengurangan bahan sisa pembakar.

Menariknya, Freedman menyedari bilah angin turbin pesawat itu dapat menghasilkan satu tenaga yang boleh diperbaharui ketika mengemudi pesawat berkenaan.

Jelasnya lagi, pesawat yang menggunakan tenaga elektrik adalah jauh lebih murah daripada pesawat bahan api. Penerbangan ini hanya berbekalkan kos $2 (RM8.30).

Manakala penerbangan untuk pesawat bersaiz itu yang selalunya menggunakan bahan api memerlukan kos kira-kira sebanyak $100 (RM414.83) bagi lokasi penerbangan yang sama.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca