Berjaya Menjuarai PMPL SEA Season 4, Kemenangan Buat Team Secret

menang pmpl sea 2021

Trofi juara SEA Final kembali pulang ke tangan Malaysia setelah Team Secret memenangi pusingan terakhir semalam.

Pasukan ini berjaya mengutip 202 mata secara keseluruhan termasuk empat kali chicken dinner sepanjang perlawanan.

Satu usaha yang sangat mengagumkan buat mereka dengan mutu persembahan terbaik dipersembahkan di pentas Asia Tenggara ini.

Sementara itu, pasukan Malaysia yang lain turut menunjukkan satu corak permainan yang berkualiti apabila kempat-empat pasukan negara berada di halaman pertama ranking.

Pasukan 4Rivals menduduki tempat keempat manakala Geek Fam berada di tangga keenam.

Tidak dilupakan juga tempat kelapan berjaya disandang oleh pasukan Axis RedOne.

 Pencapaian mereka pada musim ini memberikan peluang yang baru kepada dua pasukan Malaysia untuk mewakili ke pentas dunia akan datang.

Team Secret dan 4Rivals telah layak mara ke kejohanan dunia untuk perlawanan PMGC 2021 nanti.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain eSports negara yang bertanding pada musim ini.

Sokongan padu daripada rakyat Malaysia banyak membantu mereka untuk terus berjuang sehabis baik.

Semoga pencapaian kali ini menjadi kekuatan kepada atlet eSports kita dalam meneruskan perjuangan pada masa akan datang.  

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca