Berjaya Jual 10,000 Botol Sambal Dalam Sehari, Khairulaming Jadi Kebanggaan Ramai

Sebut sahaja nama Khairulaming pasti hampir semua orang yang sukakan makanan mengenalinya. Jika tidak mengenali wajahnya sekali pun, pasti ada yang pernah menonton video-video masakan beliau yang sentiasa dikongsikan di media sosial sebelum ini.

Setelah beberapa tahun video masakannya menjadi rujukan ramai, beliau baru-baru ini tampil dengan produk pertama keluarannya sendiri.

Sumber: Twitter @khairulaming

Kali ini, bukan proses memasak sambal ataupun resipi itu sendiri yang menjadi tumpuan tetapi jumlah sambal yang terjual pada hari pertama ia dilancarkan.

Kejayaannya menghabiskan stok sambal tersebut membuatkan warganet kagum dan dijadikan topik perbualan di media sosial.

Sumber: Twitter @AimanPsikologi
Sumber: Twitter pja_chan
Sumber: Twitter @Januarhaikal

Pada masa yang sama, Khairulaming juga berasa takut sebab beribu orang akan rasa sambalnya buat pertama kali. Walau bagaimanapun, maklum balas daripada warganet yang berjaya mendapatkan sambal tersebut adalah sangat memberangsangkan.

Sumber: Twitter @khairulaming
Sumber: Twitter @nmadisaaaa
Sumber: Twitter @mektieeeeee

Melalui satu ciapan di laman Twitter Khairulaming baru-baru ini, beliau mengumumkan sebanyak 10,000 sambal telah habis dijual dalam masa 54 minit.

Sambal berkenaan difahamkan mula dijual dalam laman e-dagang Shopee pada Rabu lepas dengan harga RM13.90 sebotol dan stok yang tersedia untuk kali ini adalah sebanyak 10,000 botol.

Menurut kenyataan Khairulaming di akaun Twitter miliknya, batch seterusnya sedang dalam perancangan dan mengumpul sebanyak mana maklum balas bagi menambah baik produknya itu lagi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca