Berjaya Kurangkan Angka Korban, Saintis UK Ini Dakwa Sudah Temui Penawar COVID-19

Sekumpulan penyelidik di United Kingdom ini mendakwa telah berjaya menemui satu penawar yang mampu meningkatkan kadar kesembuhan dalam kalangan pesakit COVID-19.

Penemuan yang diumumkan pada Selasa lalu ini turut mendedahkan dexamethasone mampu mengurangkan angka korban dalam kalangan pesakit yang berada dalam keadaan kritikal kepada wabak meragut nyawa tersebut.

Keputusan awal mendapati dexamethasone ini juga mampu mengurangkan risiko pemergian pesakit yang bergantung pada ventilator kepada satu pertiga.

Sumber: Sinar Harian

Dalam pada itu, Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson turut menyifatkan penemuan terbaharu berkenaan sebagai satu pencapaian hebat dalam usaha menemukan sejenis vaksin COVID-19.

“Kita berjaya mengharunginya. Pada pendapat saya, kita boleh melihat penawar yang lebih berkesan seperti dexamethasone mampu digabungkan dengan ubat lain.

Saya tidak nafikan ramai orang mungkin mempunyai sedikit keraguan dalam diri mereka kerana ini merupakan langkah pertama tetapi ia beri harapan pada cara rawatan yang akan memberi perbezaan besar kepada angka korban COVID-19,” ujarnya.

Pada pendapat anda, adakah dexamethasone ini sebenarnya berkesan untuk meningkatkan kadar kesembuhan dalam kalangan pesakit COVID-19? Semoga vaksin untuk melawan wabak meragut nyawa ini dapat ditemui dalam masa terdekat.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan vaksin COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca