Wanita Ini Berjaya Kurangkan 21 Kilogram Berat Badan Selepas ‘Makan’ Abu Mayat Suami

Kematian suami tercinta pastinya meninggalkan kesan duka yang cukup mendalam buat para isteri.

Oleh itu, seorang wanita bernama Cassie, 27 tahun, masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa suaminya iaitu Shawn telah meninggal dunia akibat serangan asma yang mengejut ketika berusia 29 tahun.

“Saya amat mencintai suami saya. Kami mula berjumpa pada tahun 2008. Selepas berkenalan selama beberapa bulan, Shawn melamar saya dan kami berkahwin pada tahun 2009.”

“Sayangnya, hayat Shawn tidak lama. Dia meninggal dunia selepas bergelut dengan serangan asma kronik. Saya tidak mampu membayangkan kesakitan yang terpaksa ditanggungnya,” jelas Cassie.

“Serangan itu datang tanpa sebarang petanda dan membawa rohnya pergi dalam sekelip mata. Ketika itu, saya berasa lebih separuh daripada jiwa saya melayang. Hidup saya kosong dan bosan,” ujarnya lagi.

Dia mula membawa bekas abu mayat suaminya ke mana-mana sahaja setelah mayat suaminya dibakar.

Cassie juga mengatakan bahawa ‘kami’ masih lagi melakukan perkara yang sama seperti menonton wayang, membeli-belah dan berjalan di taman. Dia turut memasak makanan kegemaran Shawn di rumahnya yang terletak di Tennessee, Amerika Syarikat.

“Saya mahu Shawn sentiasa ada bersama saya. Setiap hari, saya masih menjalankan rutin seperti mana ketika dia masih hidup.

Oleh kerana dia sering membawa bekas abu mayat suaminya itu ke mana-mana sahaja, Cassie telah mengalami ketagihan yang teruk di mana dia mahu memakan abu tersebut.

“Saya ‘makan’ suami saya. Ramai yang ketawa apabila saya berkata begitu, tetapi memang itulah hakikatnya.”

Terdapat debu-debu abu yang jatuh ke atas meja ketika dia hendak menuang abu tersebut. Oleh itu, dia mengelap debu itu dengan menggunakan jari yang basah kemudian menjilatnya berulang kali.

“Saya sayang hendak membuangnya kerana ia sebahagian daripada jasad suami saya.

“Sungguhpun rasanya seperti telur busuk, pasir dan kertas pasir, saya tidak boleh menolak kehendak hati untuk terus menikmatinya,” katanya.

Cassie telah memakan sebanyak lima hingga tujuh kali sehari abu mayat suaminya.

Hal ini menyebabkan keluarganya berasa bimbang terhadap ketagihannya itu yang boleh mengundang bahaya kesihatannya. Justeru, abu mayat ini dikatakan mempunyai bahan kimia yang boleh membawa risiko kepada masalah psikologi.

Dia pernah mengalami masalah obesiti sebelum ini tetapi kini dia berjaya mengurangkan 21 kilogram selepas memakan abu mayat suaminya.

Akhirnya, Cassie mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan pakar terapi supaya ketagihannya itu dapat dikurangkan.

“Tidur di wad tanpa bekas abu mayat Shawn di sisi adalah perkara yang sukar. Namun, jika terus memakan abu suami, saya takut ia mungkin akan habis dan saya akan kehilangan terus sebahagian daripada jasad Shawn.

“Ketakutan itu membuatkan saya tekad untuk berhenti memakan abu mayat suami saya sendiri,” kata Cassie.

Artikel Lain Untuk Di Baca