Berjaya Hiburkan Ramai Orang Dengan Hanya Mimik Muka, Ini Kisah Khaby Lame

Khaby Lame bukanlah satu nama yang asing kepada pengguna aplikasi TikTok. Video bintang TikTok ini kebiasaannya memaparkan kesusahan dilalui oleh sesetengah pengguna ketika menjalankan sesebuah kerja berserta gayanya yang mudah dan mimik muka membuatkan orang ramai terhibur.

Pada waktu artikel ini ditulis, Khaby sudah berjaya mengumpul hampir 70 juta pengikut dan meraih kira-kira 965 juta jumlah sukaan daripada semua video beliau di TikTok.

Di sebalik peningkatan dan jumlah populariti yang diterima Khaby, ramai orang tidak menyangka beliau terpaksa melalui kehidupan berbeza berbanding rakyat Itali lain.

Sumber: Instagram @khaby00

Ini kerana beliau masih lagi tidak diiktiraf sebagai warganegara Itali sehingga kini walaupun telah menetap di negara itu sejak berusia satu tahun lagi.

Khaby masih lagi berusaha untuk berunding dengan pihak birokrasi Itali dalam mendapatkan kerakyatan sah sebagai warganegara Itali. Untuk pengetahuan anda, keluarga Khaby berasal dari Senegal.

Bukan sahaja mempunyai fanpages dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Jerman, Arab, Portugis dan lain-lain, Khaby yang kerap memakai jaket Itali ini turut berjaya menarik perhatian individu berpengaruh seperti pemain bola sepak Alessandro Del Piero. 

Khaby bersama Del Piero. Sumber: Twitter @KhabyLame

Selain Del Piero, Khaby turut mencuri perhatian pemain bintang Perancis iaitu Kylian Mbappe yang meniru aksi bintang TikTok tersebut. Khaby turut membuat video yang meniru semula gaya Mbappe.

Bintang TikTok itu dilaporkan berjaya meraih sehingga $22,300 (RM91,608) untuk sebuah video pendek. Selain itu, Khaby juga mahu terus fokus dengan kerjayanya dan tidak mahu hanyut dengan populariti dalam usaha untuk mengubah nasib keluarga beliau.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan bintang TikTok, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca