Pelakon popular Aaron Aziz tidak menyangka dirinya memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik di dalam Tonton Anugerah Drama Sangat menerusi drama Suamiku Lelaki Pendosa.
Menurut Aaron Aziz, dia datang untuk memberi sokongan kepada TV3 dan rakan-rakan dan tidak tahu dirinya turut tercalon.

Katanya lagi apabila dia mahu keluar dari dewan, dirinya disuruh kembali ke dalam dewan sebelum namanya diumum sebagai pemenang,
“Saya betul-betul speechless dan tak sangka. Namun, saya rasa berbesar hati dan bersyukur kepada Allah SWT. Saya tak sabar nak tunjuk trofi ini kepada anak-anak,” katanya.
Dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa, Aaron mencabarkan diri membawa watak seorang lelaki yang bercinta dengan kaum sejenis.

“Saya selalu dapat watak hero jadi untuk drama ni saya nak cuba untuk bawa sesuatu yang berbeza iaitu jadi suami yang teruk dan seorang gay.
“Saya memang tiada masalah untuk bawa watak tersebut kerana saya sukakan cabaran. Tapi saya rasa saya tak akan boleh buat tanpa bantuan pengarah, penulis skrip dan pelakon lain, Gambit dan Sophia Albarakbah.

“Saya berlakon dengan sepenuh hati dan inilah ganjarannya. Bila kita melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan, inilah rezeki daripada Allah,” ujarnya.
Disoal sama ada bimbang jika dengan kemenangan ini isu drama tersebut akan berbangkit, dia mengatakan ia hanya lakonan dan dia tidak layak untuk menghukum golongan seperti itu.
“Pada saya tiada masalah sebab ia hanya lakonan dan perkara ini bukan lagi satu taboo malah ada terjadi dalam masyarakat kita.
“Saya bawa watak itu pun bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa hanya untuk menghidupkan karya Suamiku Lelaki Pendosa,” jelasnya.

Terdahulu, drama adaptasi novel ini telah mendapat kritikan sebelum drama ini ditayangkan. Antaranya ialah kritikan isu hubungan percintaan kaum sejenis dan anak tidak sah taraf.
Namun, kejayaan drama ini telah menunjukkan drama dia mempunyai mesej kuat dan mempunyai pengajaran disamping dilakonkan oleh pelakon hebat.
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: