Berjanji Tidak Mahu ‘Riak’, Aliff Syukri Kini Insaf Selepas Menerima Teguran Daripada Ibunya

Nama usahawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Seri Aliff Syukri sering diperkatakan dan menjadi bualan hangat buat warganet di media sosial ekoran daripada kontroversi yang melanda dirinya.

Malah tindakannya itu turut mendapat perhatian ibunya, Bonda Rozita Ibrahim yang membuat teguran secara terbuka kepadanya.

Rozita Ibrahim meminta agar anaknya itu menjaga maruah keluarga dan jangan terlalu gilakan publisiti dengan melakukan perkara yang hanya mendapat kecaman daripada masyarakat.

Berikutan itu, Aliff sudah berjanji untuk tidak bersikap riak di laman sosial dan dia juga mengakui sudah meminta ampun dan maaf kepada ibunya.

“Saya sudah berjumpa bonda dan berkongsi video di Instagram. Cuma, apa yang dimuat naik itu adalalah rakaman semula. Sebelum itu, adalah dia mengamuk dan bising. Sama juga saya.” Jelas Aliff Syukri.

Bagaimanapun, Aliff yang baru muncul dengan single Cuba Bahagia berkata, dia tetapi tidak bersetuju dengan tindakan ibunya membuat teguran secara terbuka di Instagram.

“Saya tak setuju dengan bonda iaitu kutuk saya di Instagram. Sepatutnya jumpa saya depan-depan. Tapi, sebelum ini memang sudah pernah nasihat. Tapi saya jenis kalis teguran. Jadi, apabila berjumpa kami berpeluk dan menangis bersama-sama. Itu mengeratkan lagi silaturahim,” katanya.

Aliff juga menegaskan bahawa dia tidak gila atau sakit mental seperti yang didakwa oleh warganet. Namun, dia akui ada berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ketenangan kerana tertekan dengan masalah pekerja dan hal lain.

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai Aliff Syukri, boleh klik pada pautan di bawah :

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca