Sebagaimana yang diketahui, gorila akan menggunakan tangan dan kakinya sewaktu bergerak dan berjalan.

Namun, lain pula dengan haiwan yang satu ini. Gorila yang tinggal di sebuah zoo di Devon, England ini hanya berjalan dengan menggunakan sepasang kakinya sahaja.

Persis gelagat manusia, bukan? Haiwan yang dikenali sebagai N’Dowe ini benar-benar mencuit hati sesiapa sahaja yang memandangnya.

Gayanya yang bersahaja dengan aturan langkah seakan ‘raja rimba’ melawat kawasan itu sangat lucu untuk ditonton.

Bahkan, matanya juga tidak henti-henti melirik dan memerhati ke arah kamera yang sedang merakamnya.

Justeru, gelagatnya itu tidak ubah bagaikan model jelita yang sedang memperagakan pakaian di pentas catwalk.

Gorila yang merupakan spesis Western Lowland ini ternyata berusia 16 tahun dan berat badannya mencecah hampir 190 kilogram (kg).

Uniknya, N’Dowe sangat menggemari aktiviti memancing menggunakan ranting. Tidak hanya itu, haiwan ini juga mempunyai perwatakan lembut, bijak dan gemar menikmati hidangan apa jua yang diberikan kepadanya.

Sangat comel, bukan? Difahamkan bahawa N’Dowe tergolong sebagai haiwan yang hampir pupus. Maka, bersama-sama lah kita menjaga habitat bagi mengekalkan populasi N’Dowe dan rakan-rakannya yang lain.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
Sumber:

mStar