Berjalan Atas Tali Lintasi Dua Belon Udara Panas, Lelaki Brazil Ini Catat Rekod Dunia

pecah rekod dunia

Seorang lelaki Brazil telah memecahkan rekod dunia setelah berjaya berjalan di antara dua belon udara panas.

Rafael Zugno Bridi, 34, mengimbangi badannya di atas udara pada ketinggian 6,100 kaki iaitu lebih dua kali ganda ketinggian bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa.

Menurutnya, dia menggambarkan dirinya seorang yang sukakan cabaran. Dia mahu berjalan melintasi dua belon udara panas kerana ingin merasai kebebasan dan keseronokan ‘terapung’.

“Saya suka mencipta rekod yang sukar untuk ditewaskan. Kesilapan kecil boleh mengundang bahaya. Oleh itu, perhatian saya tertumpu sepenuhnya untuk memastikan semua prosedur dipatuhi secara terperinci,” katanya.

Aksi yang dilakukan itu memerlukan usaha dan dedikasi bertahun-tahun dalam bidang sukan ini.

Dia juga sentiasa melengkapi dirinya dengan peralatan yang bagus serta pasukan terbaik kerana tidak mengabaikan aspek keselamatan.

“Untuk merealisasikannya dan mencari keseimbangan sempurna pada masa itu, saya sangat menghargai setiap satu pasukan. Saya melakukannya tanpa sebarang keraguan supaya semuanya boleh berjalan dengan cara yang luar biasa seperti dalam projek ini.”

Selain itu, Rafael bercerita pengalamannya ketika berada di udara bahawa dia tidak dapat mengingati apa yang difikirkannya.

“Tetapi saya masih ingat apabila melihat rakan-rakan saya tersenyum selepas saya membuat lintasan tanpa jatuh dan saya juga masih ingat wajah gugup mereka ketika saya duduk di garisan tali di luar belon buat kali pertama.

Saya mempunyai banyak projek yang saya lakukan sepanjang kerjaya saya sebagai atlet profesional, dan ini adalah salah satu daripadanya,” ujarnya lagi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca