Berita Tular Ustaz Kazim Elias Ditahan Di Hospital Adalah Palsu

Satu hantaran yang tular mengenai tahap kesihatan penceramah bebas iaitu Datuk Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim (DUKE) sehingga beliau terpaksa ditahan di hospital adalah tidak benar sama sekali.

Menerusi satu kenyataan, pihak pengurusan DUKE menafikan berita yang menjadi tular di media sosial dan juga aplikasi WhatsApp itu dan menegaskan bahawa ia adalah sebuah hantaran lama.

“Hantaran tersebut merupakan hantaran lama yang dimuat naik semula oleh pihak yang belum dapat dikenal pasti.”

“Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa kesihatan DUKE berada dalam keadaan baik.”

“Sama-sama kita mendoakan agar kesihatan DUKE dan kita semua terus kekal dalam keadaan baik,” menurut kenyataan itu pada Selasa.

Terdahulu, terdapat beberapa portal yang bertindak memuat naik foto DUKE di sebuah hospital sebelum ia menjadi tular.

Untuk rekod, foto berkenaan dikatakan dirakam sekitar tahun 2016 iaitu ketika DUKE dimasukkan ke sebuah hospital akibat masalah jantung.

Sebelum ini, kami pernah berkongsi satu artikel mengenai laman sosial Facebook yang melancarkan satu program semakan fakta di Malaysia bagi memerangi berita palsu. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk membaca artikel penuh:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca