Satu filem Hollywood bertajuk Playing with Fire kini menjadi buah mulut orang ramai di serata dunia selepas ia disahkan bakal menggunakan lagu Fire yang dinyanyikan kumpulan penyanyi Korea Selatan yang popular yakni BTS sebagai muzik latar.

Pelakon utama filem terbabit, John Cena kini menjadi perhatian para peminat BTS yang dikenali sebagai ARMY selepas dia mengaku dalam satu temu bual bahawa dia sudah meminati kumpulan lelaki Korea Selatan itu buat masa yang lama.

John Cena yang merupakan salah seorang peninju profesional terkenal dan memegang rekod juara dunia WWE sebanyak 16 kali telah memberitahu pihak media semasa sesi temu bual dua bulan lalu bahawa lagu Fire oleh BTS akan digunakan pada babak-babak penting dalam filem berkenaan.

Menurut John Cena lagi, pengarah filem berkenaan, Andy Fickman merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap keputusan pemilihan lagu terbabit untuk dimasukkan ke dalam filem.

“Ia merupakan cadangan Andy Fickman untuk menggunakan lagu Fire nyanyian kumpulan BTS di dalam filem. Saya hanya membalas ia merupakan idea yang bagus,” katanya.

Filem terbabit yang sudah dipertontonkan di Amerika Syarikat pada November lalu dikhabarkan akan ditayangkan di Amerika Latin dan Timur Tengah tidak lama lagi.
Bagi negara-neraga Eropah dan Asia pula, filem Playing with Fire bakal menemui orang ramai pada tahun 2020.
Untuk membaca artikel lain berkaitan BTS, sila klik pada pautan di bawah: