Berita Baik Untuk Kaki Tidur, Syarikat Ini Tawarkan RM5,832 Untuk Tidur Selama 9 Jam Setiap Hari

Siapa yang selalu tekan butang snooze semasa hendak bangun daripada tidur? Tipulah kalau anda tidak pernah tekan butang tersebut sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Umum mengetahui bahawa tujuan utama latihan industri adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada realiti sebenar alam pekerjaan mereka. Namun, ia bukan lagi rahsia apabila setiap individu mempunyai pengalaman yang berbeza apabila melalui latihan industri.

Contohnya, pekerja pelatih di Wakefit Innovations Pvt. Ltd. mempunyai pengalaman yang boleh disifatkan sebagai satu dalam sejuta.

Syarikat yang berpangkalan di India ini mempunyai berita baik untuk kaki tidur! Sebagai seorang pekerja pelatih, anda hanya perlu tidur selama sembilan jam setiap hari sepanjang menjalani latihan industri di syarikat tersebut.

Selain itu, anda perlu memakai baju tidur yang paling selesa dan tidur di atas tilam yang disediakan selama 100 hari anda menjadi pekerja pelatih di sana.

Penjejak tidur yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan akan memantau corak tidur semua pekerja pelatih sebelum dan selepas menggunakan tilam tersebut.

Walau bagaimanapun, semua pekerja pelatih tidak dibenarkan untuk menggunakan komputer riba dan alat elektronik sama sekali sepanjang tempoh sembilan jam mereka berada di pejabat.

Dalam pada itu, anda akan menerima gaji anda pada penghujung latihan industri sebanyak Rs 1 lakh (RM5,832). Sekiranya pekerjaan seperti ini diperkenalkan di negara kita, adakah anda akan bekerja di syarikat ini?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca