Berita Baik Buat Once, Lagu Twice ‘Knock Knock’ Runut Bunyi Filem Spies In Disguise

Twice ialah salah satu kumpulan K-Pop yang dikatakan mempunyai jumlah peminat yang ramai di seluruh dunia.

Buktinya, lagu terbaharu daripada kumpulan berkenaan iaitu Feel Special berjaya menerima 156 juta tontonan selepas tiga bulan di laman penstriman video terkenal iaitu YouTube.

Walaupun begitu, artikel ini sebenarnya mempunyai berita baik untuk kelab peminat Twice iaitu Once!

Salah satu lagu kegemaran ramai daripada kumpulan tersebut iaitu Knock Knock dikatakan telah menghiasi sebuah filem animasi perisik komedi iaitu Spies In Disguise.

Filem animasi perisik komedi yang diterajui oleh dua bintang terkenal Hollywood iaitu Will Smith dan Tom Holland ini ditayangkan di Malaysia bermula dari 25 Disember lalu.

Ramai peminat yang terkejut selepas melihat lagu Knock Knock dalam kredit akhir filem animasi berkenaan kerana tiada pengumuman rasmi yang dibuat.

Tidak berhenti di situ, lagu yang dikeluarkan pada tahun 2017 itu dikatakan merupakan salah satu runut bunyi rasmi dalam filem tersebut.

Sekiranya anda sudah tonton filem animasi berkenaan, anda bakal melihat Tom Holland sebagai Walter Beckett dalam sebuah babak di filem berkenaan menyanyikan lagu itu dengan penuh perasaan.

Rata-rata peminat Twice iaitu Once berasa sangat gembira dan bangga atas kejayaan yang dicapai oleh kumpulan kesayangan mereka.

Dalam pada itu, siapa antara pembaca yang sudah menonton filem animasi Spies In Disguise? Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih banyak artikel lain mengenai runut bunyi dalam filem, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca