Search
Close this search box.

Berita Baik Buat Kaki Wayang, GSC Bakal Perkenal Screen X mulai Awal 2019

Berita baik bagi kaki wayang di luar sana!

Jika sebelum ini sudah ada teknologi seperti wayang 3D, kali ini anda berpeluang untuk merasai pengalaman baru ketika menonton wayang. Pastinya ini merupakan berita gembira buat kaki wayang diluar sana yang ingin pengalaman yang berbeza menonton wayang.

Golden Screen Cinemas (GSC) telah bekerjasama dengan CJ 4DPLEX Korea Selatan untuk membawa ScreenX, yang memiliki panorama paparan skrin 270 darjah ke GSC 1 Utama pada awal tahun 2019. Malah, GSC dijangka akan menambah lagi 2 ScreenX pada tahun 2020.

ScreenX merupakan teknologi teater pelbagai guna yang pertama di dunia yang membolehkan pengalaman menonton filem panorama 270 darjah.

ScreenX juga membolehkan penonton melangkaui bingkai skrin filem tradisional dengan menggunakan sistem proprietari untuk mengembangkan imej skrin tengah ke dinding sisi, dikelilingi dengan imej yang memberikan pengalaman seperti berada di dalam filem.

Pastinya anda tidak sabar untuk merasai pengalaman baharu menonton wayang yang pastinya akan membuat anda seakan berada di dalam filem.

Sama-sama kita tunggu!

Artikel Lain Untuk Di Baca