Beri ‘Reward’ Hampir RM3,000 Jika Sanggup Batalkan Puasa, YouTuber Ini Tampil Mohon Maaf

Seorang YouTuber terkenal di Indonesia baru-baru ini tampil membuat permohonan maaf selepas menerima kecaman hebat daripada orang ramai kerana menawarkan 10 juta rupiah (RM2,842) kepada masyarakat beragama Islam untuk membatalkan puasa mereka.

YouTuber itu yang lebih dikenali sebagai hasanjr11 memuat naik satu video bertajuk Tes Keimanan, Bayar Orang 10 Juta Untuk Batalin Puasa pada 27 April lalu.

Menerusi video tersebut, YouTuber itu menawarkan RM2,842 kepada individu-individu yang sanggup makan pizza dibawa olehnya. Namun, tindakan berkenaan ternyata memakan dirinya sendiri.

“Saya ingin meminta maaf kepada semua orang untuk salah satu video yang dimuat naik di laman YouTube saya sebelum ini. Saya akui bahawa semua itu merupakan kesilapan peribadi. Saya memang salah 100 peratus dalam hal ini.

Saya jadikan apa yang berlaku kali ini sebagai pengajaran untuk tidak membuat video seperti ini lagi. Saya juga akan memperbaiki content saya,” ujarnya.

Selepas menerima kecaman hebat, lelaki itu membuat keputusan untuk memadamkan video tersebut daripada laman YouTube.

Kandungan video itu menyebabkan lelaki terbabit menerima kecaman hebat kerana dianggap cuba mengambil kesempatan di atas kesukaran yang dialami oleh orang lain.

Akhir kata, semoga dia tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa hadapan. Apa pendapat anda mengenai perkara ini?

Untuk membaca lebih banyak artikel lain berkaitan YouTuber, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca